Portal Rasmi Majlis Kerabat Kedah Darul Aman

 

MAJLIS KERABAT KEDAH DARUL AMAN

MEMPERKASAKAN UMMAH DAN RAKYAT YANG BERBILANG BANGSA

Majlis Kerabat Kedah adalah salah satu platfom yang ditubuhkan bagi bertujuan untuk memertabatkan Kesultanan Kedah Darul Aman dan Institusi Raja-Raja Melayu serta membantu Ahli Kerabat Kedah dan Rakyat Negeri Kedah untuk peningkatan sosial dan ekonomi.

Usaha yang dijalankan oleh Ahli Lembaga Tertinggi Majlis Kerabat Kedah adalah memfokuskan kepada jaringan Usahasama dalam pelbagai sudut sosial dan ekonomi di Negeri Kedah Darul Aman. Ianya juga adalah pusat perkhidmatan yang memberi peluang dan membuka jaringan Usahasama dalam sektor sosial dan ekonomi dari dalam dan luar negara. 

Aktiviti Majlis Kerabat Kedah Darul Aman

"Majlis Kerabat Kedah Darul Aman bersama Rakyat"

Khidmat Sukarelawan

"Majlis Kerabat Kedah Darul Aman"

Majlis Kerabat Kedah akan menjalankan aktiviti sosial seperti berikut :

 

  • membantu golongan miskin, anak-anak yatim, rumah orang kurang upaya
  • membuka peluang kepada rakyat untuk menjana pendapatan lebihan daripada Usahasama dengan syarikat swasta dari dalam dan luar negara.

"Agama Islam Teras Utama Umaah Sejagat"

Majlis Kerabat Kedah akan menjalankan Merujuk kepada Perlembagaan Rukun Negara Malaysia iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, ianya adalah faktor utama yang diambilkira oleh Majlis Kerabat Kedah dalam usaha untuk membentuk masyarakat majmuk yang kembali kepada kepercayaan asas dalam kehidupan iaitu Bersyukur kepada yang Maha Esa. Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia Perkara 3(1) Agama Islam adalah Ugama Rasmi bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Persekutuan , Majlis Kerabat Kedah sentiasa mengutamakan perkara ini dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian bagi membantu masyarakat di Negeri Kedah untuk memperkasakan asas diri dan ilmu dalam keagamaan.

DAULAT TUANKU
"Junjungan Kasih KDYMM Tuanku Sultan Kedah"

Majlis Kerabat Kedah akan setiasa setia bersama Kedaulatan Kesultanan Kedah yang mana ianya adalah kewajipan dalam Negara Malaysia seperti dalam perlembagaan Rukun Negara kedua iaitu Kesetian Kepada Raja Dan Negara. Majlis Kerabat Kedah juga akan memastikan hasrat Tuanku Sultan dan kemasyhuran Kesultanan Kedah dipelihara dengan baik dan meletakkan Kesultanan Kedah diantara Kesultanan yang masyhur. 

MENGENANG JASA YANG TERAMAT MULIA SYED IDRUS BIN SYED BAHAROM
Bekas Yang Di-Pertua dan Penaung Majlis Kerabat Kedah Darul Aman

Yang Teramat Mulia Syed Idrus bin Syed Baharom, merupakan cucunda kepada Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan sepupu kepada Almarhum KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, dan juga Sepupu kepada Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah (Sultan Kedah ke-29) serta pernah memimpin dan menaungi Majlis Kerabat Kedah Darul Aman.

Segala jasa, bakti, kepimpinan dan sumbangan beliau akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah dan legasi Majlis Kerabat Kedah Darul Aman, serta menjadi teladan dan pedoman kepada generasi yang mendatang.

Semoga segala kebaikan dan jasa yang telah dicurahkan menjadi amal yang diterima di sisi Allah SWT. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapan beliau, mencucuri rahmat ke atas rohnya, melapangkan serta menerangi kuburnya dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

“Jasa dikenang, bakti diabadikan, nama tetap dalam ingatan.”

Al-Fatihah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۝
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ۝
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۝
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۝
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۝
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۝
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۝

آمِينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

"Jadilah pemimpin yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat, yang lebih mudah didekati, yang lebih ikhlas mendengar suara rakyat, terutamanya suara mereka yang dipinggirkan. Jadilah pemimpin yang lebih beretika, yang lebih berintegriti, yang berani, yang berwawasan dalam memayungi perubahan dan pergerakan ini. Jadilah pemimpin yang disegani, yang dapat memperkasakan rakyat menerusi sifat-sifat yang berkualiti, yang dapat mengubah pemikiran tidak relevan dalam dunia hari ini. Beta yakin, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang memimpin menerusi tingkah laku dan perbuatan yang baik dan bukannya sekadar menanam tebu di bibir."
"Sama-samalah kita membudayakan prinsip toleransi, mewujudkan suasana harmoni dan saling menghormati, agar keamanan yang selama ini kita kecapi, terpelihara"
TITAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH