Koperasi Kerabat Di Raja Kedah (KKDK) telah membuat jalinan usahasama bersama akademi pembelajaran atas talian iaitu KLIX Academy. Program pembelajaran secara atas talian ini akan membuka peluang kepada anak tempatan Kedah untuk mendapatkan pendidikan jarak jauh. Ianya adalah salah satu usaha Ahli Lembaga Koperasi KKDK untuk memperkasakan pendidikan anak tempatan.
KLIX Academy menyediakan platfom untuk mereka yang ingin mengajar secara online dan mendapatkan ilmu melalui sistem online. Ini akan membolehkan para pengajar dan pelajar dapat menggunakan sistem tanpa perlu menghadiri pusat pembelajaran.