Portal Rasmi Majlis Kerabat Kedah Darul Aman

 

qr

Dato Ahmad Firdaus

Mei 4, 2019
Koperasi Kerabat DiRaja Kedah Lancar Sekuriti untuk dokumentasi, lencana, crest dan sticker

Koperasi Kerabat DiRaja Kedah telah membuat kata sepakat dan mewujudkan sistem pemantauan sekuriti terkini yang akan digunapakai bagi membentras penyalahgunaan dokumentasi, lencana, crest dan stiker kenderaan.

Dengan menggunakan sistem teknologi terkini yang mempunyai ciri-ciri code pusat yang dibina khas dengan nama Kod Digital Sistem (KDS), ianya akan dapat memberi keputusan cara tepat mengenai sesahihan dokumentasi, lencana, crest dan sticker yang digunakan oleh Ahli Majlis Kerabat Kedah dan juga Ahli Koperasi Kerabat DiRaja Kedah.

Ciri-ciri sekuriti ini akan dihubungkan dengan data pusat sistem pemantauan Koperasi Kerabat DiRaja Kedah dan pengguna atau mana-mana individu boleh mendapat kepastian terhadap sebarang dokumen keluaran surat rasmi, penggunaan lencana dan crest kenderaan, sticker kenderaan serta produk yang dikeluarkan oleh Koperasi Kerabat DiRaja Kedah adalah sah dan diluluskan oleh Ahli Lembaga Koperasi atau daripada Majlis Kerabat Kedah.

Sistem ini adalah hasil teknologi yang direka khas oleh Dato Ahmad Firdaus Wan Teh iaitu salah satu Ahli Lembaga Koperasi Kerabat DiRaja Kedah bagi tujuan memantau dan membendung penggunaan sebarang dokumen, lencana, crest kenderaan dan sticker keluaran Koperasi Kerabat DiRaja Kedah dan Majlis Kerabat Kedah.