Portal Rasmi Majlis Kerabat Kedah Darul Aman

 

Sejarah & Latarbelakang Majlis Kerabat Kedah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Pada awal tahun 1986, YTM Tunku Hamdy telah pohon mengadap KDYMM Tunku Sultan Kedah untuk mempersembahkan hasrat penubuhan Persatuan Kerabat DiRaja Kedah. Setelah memaklumkan segala hasrat tersebut maka KDYMM Tunku Sultan telah memperkenankan hasrat tersebut dengan harapan setelah  penubuhan persatuan tersebut, AJK yang dilantik hendaklah menjaga dan memelihara agar Persatuan Kerabat DiRaja Kedah tidak tergelincir daripada landasan sebenar. KDYMM Tunku Sultan juga bersetuju dikurniakan sebagai Penaung Persatuan Kerabat DiRaja Kedah.

Selepas itu, maka ketiga-tiga nama ini memulakan perjalanan mengorak langkah untuk mengharungi segala pahit dan maung melakukan kerja-kerja mencari ahli-ahli dari rumah ke rumah. Disinilah berlaku banyak percanggahan pendapat tentang penubuhan Persatuan ini. Golongan ahli kerabat yang berada menolaknya atas banyak alasan yang tidak munasabah.

Pada mereka yang menjalankan kerja sukarela ini, sekiranya tidak tabah dan cekal sudah pasti tidak mahu meneruskannya lagi. Tahun demi tahun berlalu hinggalah pada suatu tarikh iaitu bulan Mei 1996, suatu perjumpaan secara tertutup berlangsung di Istana Pelamin, Alor Setar bagi membincangkan perkara-perkara utama dan penting.

Persatuan Kerabat Di-Raja Kedah yang diterajui oleh YTM Tuan Hj Syed Idrus bin Syed Baharom sebagai Pengerusi pada ketika itu, telah membuat keputusan untuk membuat pengstrukturan semula Ahli Lembaga Majlis dengan mengambil kira tanggungjawab, usaha dan tindakan yang positif untuk mengekalkan wadah asas dan hasrat penubuhan. Persatuan Kerabat Di-Raja Kedah telah diberi nafas baru dengan menukarkan nama Persatuan Kerabat Di-Raja Kedah kepada Majlis Kerabat Kedah yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Kedah. 

Hasrat Penubuhan juga telah diperhalusi dan dengan Ahli Jemaah Tertinggi Majlis yang baru, ianya dapat memberi satu impak dan membuka lembaran baru, untuk mencapai hasrat utama Majlis Kerabat Kedah iaitu memperkasakan Ummah dan membantu Ahli Majlis Kerabat Kedah serta golongan yang memerlukan perkhidmatan dan khidmat sokongan dalam sudut sosial dan ekonomi.